Spiga

Minyak di China Diperbuat dari Sampah?

Kantoi penjual restoran guna minyak yang diperbuat dari sampah... Aduii...bukan stakat China Phone, Susu China dan bermacam-macam lagi barang fake, minyak pon nak tiruan ke? rosak2..

Jijik GILA!!!
Simpan dan kumpul dalam tong besi dahulu sebelum diproses untuk memasak.

Disi dalam botol minyak untuk memudahkan proses angkat mengangkat ke restoran atau gerai.
Berita : 1/10 dari minyak masak yang digunakan di China ialah diperbuat dari sampah sarap yang telah direcycle dan kandungannya penuh dengan toksik telah menyebabkan ramai orang terkejut dengan fenomena ini.

Orang di China telah makan 3,000,000 tan minyak yang diperbuat dari minyak sampah ini dan ianya 100kali ganda lebih beracun dari racun arsenik !




Sanggupkah? Anda makan kat restoran yang enak tapi rupanya menggunakan minyak ini?
Minyak tiruan ini dikitar semula dari loji-loji yang diambil dari terowong dan di mana-mana sahaja, dipanaskan dan ditapis. Selepas ditapis, cecair yang terhasil ialah lutsinar dan kelihatan seolah-olah seperti warna minyak VESAWIT di Malaysia yang ditapis 9 kali serta mempunyai vitamin, tetapi minyak ini pula kandungannya tidak sama. Seterusnya ianya dimuatkan dalam botol minyak dan dijual atau digunakan kepada pengusaha gerai / restoran.

Diketahui minyak ini 100 kali lebih beracun dari arsenik dan boleh menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut serta risiko kanser.

Bakteria dan virus yang terdapat dalam minyak ini tidak menjadi "masalah" kerana minyak ini telah dipanaskan pada suhu yang tinggi.

Untuk membezakan jenis minyak sampah dengan minyak biasa sangat sukar tetapi biasanya harganya lebih murah. Separuh harga lebih murah dari minyak biasa.

Minyak ini telah diedarkan ke seluruh China dan tidak mustahil telah dieksport ke negara-negara luar jika ada permintaan. Negara-negara lain dinasihati tidak membeli barang-barang makanan yang harganya lebih murah serta tidak masuk akal dari China kerana berikutan beberapa kes yang telah berlaku seperti "susu beracun China" yang diwar-warkan pada ketika dulu yang mengandungi melamin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails